PENGENALAN
Unit Pengurusan Strategik dan Jaminan Kualiti Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan adalah bertujuan untuk memantau, menggerak dan menilai pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan perkembangan profesionalisme staf akademik dan non-akademik di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Unit ini juga berperanan sebagai 'mediator' antara Kolej Universiti dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam rancangan strategik kementerian bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.